About


Chocolate Candy Craft (C3) merupakan syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2010. Setakat ini, C3 menjalankan perniagaan secara atas talian (on-line) dari rumah kediaman. C3 berada di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor Baru. Perniagaan C3 berkonsepkan penyediaan homemade chocolate dan candy dengan hiasan-hiasan menarik sesuai sebagai cenderahati dan hadiah untuk semua golongan dan situasi. Di samping itu, C3 juga menyediakan pelbagai jenis kek dan cheese tart.
Bagi coklat, kami menggunakan 80% compound milk chocolate daripada jenama yang bermutu tinggi sebagai bahan asas dalam homemade chocolates yang bersesuaian dengan cita rasa 90% masyarakat Malaysia yang sukakan rasa manis dan tidak terlalu pahit. Kami menawarkan barisan coklat pelbagai bentuk termasuk moulded chocolates dengan badam, orange ganache, strawberry ganache, peanut ganache; coklat kurma dan pelbagai rekebantuk coklat oreo. Penyediaan chocolate couveture sebagai bahan asas adalah di atas permintaan.
C3 juga mengeluarkan coklat dan candy bermusim selari dengan sambutan hari-hari tertentu seperti Hari Bapa, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Raya, Hari Merdeka, dan Hari  1Malaysia. Kami juga menerima tempahan khusus daripada pelanggan untuk sambutan-sambutan peribadi seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan, perkahwinan, pertunangan, berkhatan dan potong jambul, penghargaan, dan ucapan tahniah. Bagi golongan kanak-kanak, coklat dengan hiasan dan pembungkusan yang comel ditawarkan seperti lollychoc dan marshmallow choc.
C3 menyediakan coklat dan candy yang lebih eksklusif kepada golongan korporat bersesuaian dengan imej dan konsep yang diterapkan. Hadiah-hadiah korporat berkonsepkan hamper dan gift baskets juga adalah antara produk eksklusif di WANZ.
C3 menghasilkan beberapa jenis kek yang terkini dan sesuai untu semua peringkat umur seperti kek coklat berkeju, red velvet, kek lapis kismis, kak karot, dan tiramisu. Di samping itu, C3 menawarkan cheese tart dengan filling yang mengikut cita rasa pelanggan seperti blueberry, strawberry, orange dan original.
Sementara itu, C3 menyediakan beberapa perkhidmatan seperti mengadakan kelas-kelas membuat coklat kepada pelanggan yang berminat  dengan kadar yuran yang sangat munasabah, menerima tempahan khusus daripada pelanggan seperti hamper, gift baskets, gubahan pertunangan dan perkahwinan, menyewakan chocolate fountain, dan menyediakan perkhidmatan penghantaran produk ke rumah pelanggan.




Related Posts with Thumbnails